By: shahida jamaludin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Sunday, 18-Jan-2009 01:22 Email | Share | | Bookmark

 
 
Best la www.photofunia.com ni. Takyah pening2 nak guna photoshop.







Wednesday, 7-Jan-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Dinner KPTM 2008

 
 
 
View all 10 photos...


















Monday, 5-Jan-2009 03:42 Email | Share | | Bookmark
Bukit Merah

 
 
 
Cuti krismas baru ni gi Bukit Merah. Mandi ja pon sbb semua bilik fully booked. Tido Penang. Ni je yang sempat snap...sbb pastu semua kamera masuk locker, yela...mak pak pon nak terjun sama.






Thursday, 1-Jan-2009 04:07 Email | Share | | Bookmark
KEMBALI NORMAL

 
 
 
View all 6 photos...
Setelah berkursus, anak2 dengan gumbira tinggal dgn tok dan tok wan (gilir2 Pendang dan Penang), maka hidup aku kembali normal. Rasa tak senang duduk kalau anak2 takdak depan mata. Nak lena pon susah sbb dok teringatkan mereka. Baru2 ni mak mertua nak tgk bebudak sbb katanya dok teringat dan rasa sunyi lepas diorang aku hantar Penang. So lepas keja terus balik pendang. Syok la diorang jumpa tok dan tok wan. Apa yang aku kagum si Irfan jadi behave dan dengar kata tok wan dia. kalau dengan kita sungguh menduga betol....nak kena tanya abah apa ilmu dia pakai...hehehehe

Tok wan ada depan mata baik laa...


ni dah mula byk akal...


selongkar barang2 tok jumpa penyepit baju...


iskkk...tak sakit ke??


Sapa jadi tok guru ni???


Muka geli dgn habuk yang tersangkut...


Wednesday, 31-Dec-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Kursus di bulan DISEMBER

 
 
 
View all 10 photos...
Kes aku dan anak masuk wad berlaku di hujung bln Nov. Jengah masuk Disember je, byk kursus yg aku kena pi. Takde la byk pon...2 je, tp sbb jauh rasa cam makan masa betul...letih. Lps memasing discaj KMC, aku mula keja cam biasa dan anak2 mak mertua aku nak jaga. Sian katanya, biar sembuh betul.


3/12
Bertolak ke Cheras utk transit di Sri Cempaka. Sebenarnya kursus di Batu Pahat, tp oleh kerana hotel yg kitorang nak duduk tu fully booked pada 3hb maka, km mintak utk transit di KL dulu. Kursus mula 4hb, takkan 4hb tu nak bertolak dari Alor Star...mampuih letih. Bertolak dari AS kul 9 pg, sampai kul 4.30ptg camtu. Konvoi 3 bijik keta, keta yg aku naik manual, so terasa kurus sebelah kaki aku bwk dlm area kl...hahahhaha. Dinner tak disediakan, so kena kuar carik mkn. Geng pompuan nak gi SOGO, maklumlah dekat dgn stesen lrt. Geng lelaki gila nak mkn sate kajang, maka ikut haluan memasing la nooo. Tp takdak rezeki nak sopping kat sogo, depa tutup kul 6pm sbb ada dinner. ISKKK...keciwaaa. Akhirnya berjalan ke SEMUA HOUSE jelah....jadilahhh

Bestkan bilik ni...Executive suite tak salah kat Sri Cempaka



4/12
Lepas brekpes terus bertolak ke batu pahat. Kuar dari hotel kul 9pg, sampai 12.30 tghari. Cari mkn area situ, then baru check in hotel Katerina. Rest2 kejap, kul 2.30pm bengkel mula. Petang ni kira ok lagi, bila sesi malam ampunnnnnnn ngantuk gila. Rasanya ramai yg tersengguk2. Aku lagi la, terlungkup kepala atas fail, terus zzzzzzz....sedar bila member sebelah kejut sbb katanya dengkuran aku makin kuat....hahahhahaha. Penceramah tu mmg knowledgeable, cuma kena perbaiki dari aspek presentation. Dia mcm cakap dgn org yg dok barisan depan jek, maka yg dok belakang siap dengkur laa....hahahhahaha

Pjgkan nama bengkel ni....iskkk


Hasil kegiatan tidak bermoral


Clear tak? air ada mendakan kuning, tak lalu nak minum. Time ni katanya ada problem dengan empangan. So semua umah kat Bpahat dpt bekalan air camni....tp tak gamak la nak minum. Awat la pihak hotel tak bg je air botol mineral tu...



6/12
Bertolak balik dari Bpahat. Lajak ke Ayer Itam, sopping sket2 then balik. Dlm kul 4 ptg jgak dari sana. On d way, malang tak berbau salah satu keta konvoi temp naik. So stop hampir 2 jam kat Seremban. Sib baik ada PLUS RONDA. Dia godek2 tgk, masalah fius...bab tu kipas ekon tak jalan. Teruskan perjalanan, lepas dari Restoran Sg Buloh temp naik lagi. Berhenti plak kat Rawang. Kali ni panggil mekanik, tp tiada guna jgak dia kata takleh buat blablabla....so kitorang decide teruskan perjalan tanpa pasang aircond. Alhamdulillah, sepjg perjalanan temp tak naik dah. Singgah kejap di Ipoh, tukar drebar, mkn2 then jalan semula. Sampai di AS kul 5 pg...phewww. Esoknya raya haji tu....

8 - 11/12
Cuti raya haji bersambung cuti rehat. Sakit pinggang jalan jauh tak betul2 pulih lagi time ni.

12 -17/12
Berkursus plak di De Palma Ampang (sori Liza, tak sempat jgak pi jumpa hang). Kali ni fasa terakhir, ada test tu, lemah btol. Tapi aku puji Dr Quek, soalan2 yang dia buat semua power. Jawapan hampir2 je, jawap SPM pon tak susah camni...hahahaha.

Berbalik kisah nurseri, aku mula dah tawar hati dgn nurseri tu. Dalam pala otak ni mula la ligat nak carik nurseri lain. Mmg lama dah aku anto anak2 kat situ, since Nayli umur 2 thn lg...bygkan sekrg dah nak msk 6 thn dah. Irfan dok situ since baby lagi. Masalah utama paling mencabar keimanan aku bila Nayli dijangkiti KUTU....eeeeeeeee....geram beb dok kutip telur atas pala dia tu...rambut tak penah aku biar pjg...pendek sentiasa. bila ujung minggu je aku proses dgn syampu kutu. Dr kata syampu seminggu sekali, aku bantai selang sehari...nak hapuskan secara total. Masalahnya, bila pegi balik nurseri ...ada balik. Penah aku tny cikgu dia, tak inform parents ke pasal kewujudan kutu di kepala anak2? Dia kata dah bgtau...pastu aku tny lagi, akak tak asing ka bebudak ni time tidoq? Dia kata asing, tp dah nama bebudak...time memain tu pelbagai aksi sentuhan berlaku. Heeee....memacam laaaaaa

Sekrg aku dah anto anak2 ke nurseri lain. Dekat sket dgn opis, dan yang lebih penting aku rasa jauh lebih sempurna dari segi penjagaan dan kawasan yang luas. Irfan dan Nayli jgak diasingkan mengikut umur. Nayli akan memulakan persekolahan tadika minggu depan. Kali ni aku harap ada perkembangan positif dari segi kebolehan membaca. Smart reader takde la kat AS ni, kalau ada sure aku anto dah. Nak harap aku tlg2 tgk2kan tak tentu...kalau keja byk mmg terabai dah. Bayaran bulanan la bertambah sikit, tp bg aku still affordable, asalkan buleh menggilap kemampuan membaca. 2010 dah darjah 1, kalau takleh baca, ngira semua kang kena masuk kelas peralihan plak....jadilah insan terpinggir. Apa yang aku inginkan anak2 aku dapat pendidikan yang sempurna. Kalau diizinkan aku nak anak2 buleh achieve level yg lebih tinggi dari mama dan abah...INSYA-ALLAH

Lepas aku discaj, terus drive balik pendang tgk anak2. Alhamdulillah dah sihat, cuma time ni takmo minum susu.






[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net